assalamualaikum wbt.
nah,hadiah!
bacalah.
nanti kat bawah-bawah tu aku kupas sikit.
:)
Hujan makin lebat.
Aku dan pak imam terpaksa berteduh di bawah wakaf tepi jalan. Dah usang pun wakaf tu.
Hujan nampak seperti lama lagi nak serik. Motor yang kehabisan minyak tersadai seketika di tepi wakaf.
"Macam mana ni, Mam? Perjalanan ke hospital jauh lagi. Pak bilal dah macam mana pun kita tak tahu ni."
Pak imam tepuk bahu aku.
"Jangan risau, orang muda.
Sesuatu yang Allah takdirkan akan berlaku, pasti akhirnya akan berlaku.
Kita tak minta untuk terkandas di sini saat ini sekarang, tapi takdir Allah mendahului.
Kita nak cepat sampai di hospital tengok pak bilal, tapi takdir Allah lebih tepat detik dan saatnya. Hanya Dia yang tahu kita akan sampai atau tidak."
Aku kesejukan sikit. Tempias air hujan yang merembes ke muka dan badan. Angin pula kuat.
"Doa boleh merubah takdir, kan?"
Aku sengaja bertanya.
Pak imam menjeling seraya berkata,
"Insya-Allah, boleh. Sebagaimana soal umur. Soal jodoh. Soal rezeki. Kita boleh doa. Doalah sebanyak-banyaknya. Doalah tak letih-letih."
Aku kerut kening.
"Kalau saya doa anak pak imam jadi isteri boleh?"
Pak imam terus melibaskan kain serbannya ke hidungku. Senget sebelah lubang hidungku. Lantas, aku menyilat cekak hidung sendiri ke posisi asalnya. Huhu
"Bercakap tentang takdir ni, boleh tanya pasal soal jodoh, tak?"
Pak imam tersengih,
"Haih, orang muda tak habis-habis dengan jodoh. Tanyalah."
Aku tak jadi nak tanya.
"Takpelah. Lain kali. Koh koh koh."
Pak imam menjeling.
"Jodoh dah ditakdirkan. Sekalipun kamu berkenan pada orang yang paling cantik pernah kamu jumpa, Jika Allah tak izin, dia bukan kamu punya.
Ya, walaupun kamu dah kuat berusaha.
Jodoh bukan pada usaha semata. Andai orang kata ianya kerana usaha mencari dan tidak menanti, pun tidak tepat. Andai yang kata hanya perlu menanti tanpa usaha, pun tidak tepat. Orang-orang yang berkata tu sendiri pun tak tahu apa yang dia kata tu tepat atau tidak kerana dia hanya makhluk dan tiada pengetahuan Tuhan.
Kun fa yakun.
Ikut saja flow dan aturan Allah. Flow jodoh tu Allah saja yang Maha Tahu.
Ada yang cari jodoh dari puncak Malaysia ke hujung dunia, tetap tidak berjumpa yang sesuai. Rupa-rupanya jodohnya cuma sebelah rumah atau sekampung saja.
Ada jua majoriti manusia berkata cinta selepas nikah. Sedangkan sebelum nikah lagi sudah pun wujud rasa cinta pada pasangan. Tak kenal, maka tak cinta. Tak cinta, tak kan nak hidup bersama? Tak ramai yang nikah tanpa terbit rasa suka. Tambah-tambah, kehidupan moden sekarang tak sama macam dulu. Nikah tak lagi dalam aturan ibu-bapa. Lebih kepada pilihan anak-anak sendiri.
Cinta sebelum nikah tidak jijik. Cuma pelakunya saja yang over selalu melangkaui batas syarak. Cinta selepas nikah cuma meneruskan kelangsungan dari cinta sebelum nikah."
Pak imam berhenti seketika. Ribut makin kuat. Dia mengajakku beristighfar dan mengucapkan La Hawla wala quwwata illa billah.
Bila tenang sikit, dia menyambung kata.
"Jodoh, cinta yang suci. Cerminan dari diri sendiri.
Bila solat kau baik, elok, mantap, sempurna dan semata-mata untuk menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah, insya-Allah.
Dia akan ganjarkan dengan yang sepertimu.
Berusaha solehkan diri.
Menanti dengan mengindahkan taqwa dalam diri.
Kau tak tahu, jodoh kau pun sedang buat benda yang sama. Sungguh-sungguh. Supaya segera Allah temukannya dengan kau.
Dia mahu jadi sebaik mungkin untuk kau.
Kenapa kau taknak jadi yang terbaik untuk dia?
Kuncinya, jangan kecewakan Allah. Dia dah sediakan yang terbaik untuk kau. Dia cuma nak kau sabar sikit naikkan level taqwa biar searas dengan jodoh yang Dia telah sediakan.
Kalau main game Clash of Clan boleh sabar naik berpuluh level.
Kenapa tak sabar nak jadi soleh?"
Pak imam hentikan soalan di situ sebab dia menyedari penulis dah penat menaip. huhu.
Aku rasa macam tembikai yang ditumbuk-tumbuk. Dihenyak-henyak.
Sikit lagi nak lumat.
emmm.
tudia.
itu rupanya yang dimaksudkan dengan berusaha mencari jodoh.
ramai orang salah anggap.
mentang-mentang pak ustaz ustazah semua dok canang kena berusaha untuk dapatkan jodoh,semua salah anggap.
pada mereka, kita yang kena pergi cari perempuan atau lelaki itu untuk berkenal-kenalan,berkawan,couple dan yang seangkatan dengannya.
hadoih.
bukan.
parah jugak tu.
sebab bila kita buat macam tu, tak ke dah langgar semua larangan yang Allah dok sebut-sebut pada kita?
berusaha kat sini maksudnya kita berusaha memperbaiki diri sendiri untuk setaraf dengan jodoh kita tu nanti, sebab Allah Maha Penyayang,dia takde simpan kat kita yang cikai-cikai punya.
Dia bagi semua yang terbaik saja buat kita.
alhamdulillah sangat.
seorang kawan pernah pesan pada aku tiga perkara.
okey.aku ceritakan dalam perbualan ni.
"Ika dah nak kahwin?" aku bertanya sebab dia terbagi tahu. gilos.umur 21 baru kot.sebaya aku.hingusan.
si kawan aku ini hanya senyum.
"cepat gila.macam mana boleh yakin nak kahwin pada umur muda macam ni?"
dia senyum je. lepas tu dia bagitau la segala kisah istikharah apa semua. yang mana sebenarnya dia tak buat pun istikharah,hanya bakal suami dia je yang buat.dan dia yakin dengan istikharah bakal suami dia tu.
dia pesan,
"nuna pun boleh dapatkan jodoh dengan mudah."
aku nganga. tertelan air liur.
"amalkanlah tiga benda ni kalau nak bagi jodoh mudah sampai pada kita."
aku angkat kening.
yang pertama: sedekah
yang kedua: bersangka baik
yang ketiga: bahagiakan orang lain
lepas-lepas daripada pertemuan itu, aku pun balik la ke bilik seolah-olah orang yang terkena hipnotized.
senang cakap terkena sampuk.
kekeke.
itu baru kenalan aku yang nak kahwin pada usia sebaya dengan aku.
belum lagi kawan rapat-baik-sahabat aku yang nak kahwin.
mau pengsan ke demam panas ke apa nanti.
haha.
okey tiga amalan tu kena higlight sikitlah.
jom kita buat eksperimen tengok menjadi ke tak.
heh?
ey tapi janganlah setakat nak bereksperimen je.
rasional kenapa kita kena amalkan tiga benda tu, kata kawan aku tu lagi,
1. bila kita buat baik, Allah bukan setakat bagi pahala melimpah-berganda-bertimbun kat kita, malah Dia nak kurniakan seorang teman semur hidup pulak pada kita atas secebis kebaikan yang kita dah buat tu.
2. bila kita bahagiakan orang lain, maknanya kita dah mengeluarkan aura positif dalam diri kita dan sampai kepada orang lain. dan orang lain itu salah satunya adalah jodoh kita. ecewah.
aah, cenggitu lah.
senang cakap, kita kena yakin.
lagi?
jaga mutabaah amal.
sebab?
jodoh kita kan cerminan diri kita.
kan?
nah.ini.bukan marah.tapi nasihaaaaaaat.
dan ini.
kekeke.
okey .
dah dah.
kang menyampah pulak orang membacanya.
kekeke.
okey.
May Allah bless us.
May I can hapdate blog hari-hari cenggini punya terbaik(thumb's up)



No comments:
Post a Comment